Fungsi-fungsi Storan Data

Fungsi utama sebuah storan data ialah untuk menyimpan data. Pelbagai jenis data boleh disimpan mengikut jenis-jenis storan data yg digunakan.

Sebagai pengguna amat penting bagi kita mengetahui data-data yang boleh disimpan oleh sesebuah storan data. Storan data menggunakan unit bytes.

1 byte = 8 bit
1 kilo byte (kb)= 1000 bytes
1 mega byte (mb)= 1000 kilo bytes = 1000 x 1000 bytes
1 giga byet (gb)= 1000 mega bytes = 1000 x 1000 x 1000 bytes
1 tera bytes (tb)= 1000 giga btes = 1000 x 1000 x 1000 x 1000 bytes

Storan data yang akan dibincangkan di sini ialah :

  1. Hard disk
  2. USB Flash Drive

1. Hard Disk

Hard Disk merupakan storan paling besar di dalam sebuah komputer.

Bagaimanakah hard disk beroperasi?

Data-data dalam hard disk disimpan di permukaan piring magnetik yang berputar. Maklumat disimpan dengan menghantar fluks elektromagnet melalui satu antena atau kepala tulis (write head) yang amat berdekatan dengan permukaan piring, yang menjadikan permukaan magnetik itu menukar polarisasinya. Begitu juga maklumat dapat dibaca, apabila medan magnetik piring menghasilkan cas elektrik pada kepala baca (read head) yang menghampirinya.

Gambar Hard Disk
Secara fizikal, hard disk dibina daripada satu paksi tengah dan piring magnet itu akan berpusing pada satu kelajuan tetap. Dan di antara piring-piring tersebut terdapat satu kepala baca/tulis untuk setiap permukaan pada satu penggerak. Penggerak itu akan mengerakkan kepala ke mana-mana bahagian yang dikehendaki.

Fungsi-fungsi hard disk

Berikut adalah fungsi-fungsi sebuah hard disk :
  1. Menyimpan sistem operasi seperti Windows XP atau LINUX.
  2. Menyimpan pelbagai jenis fail seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen.
  3. Menyimpan pelbagai program seperti Microsoft Office, Games dan Pemain Multimedia.
1. Menyimpan sistem operasi seperti Windows XP atau LINUX

Setiap komputer mempunyai sebuah sistem operasi. Sistem operasi akan disimpan di dalam sebuah hard disk. Sebelum meyimpan sebuah sistem operasi, hard disk tersebut hendaklah terlebih dahulu menjalani proses format. Selepas itu, sistem operasi seperti Windows XP boleh dipasang.

2. Menyimpan pelbagai jenis fail seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen.

Pelbagai jenis fail boleh disimpan di dalam hard disk. Pada masa kini kapasiti sebuah hard disk telah menjadi semakin besar. Bagi pengguna biasa di rumah, mereka kini boleh menggunakan hard disk bersaiz lebih 300Gb. 300Gb boleh menampung beribu-ribu fail dokumen, 5000 jam muzik digital, 96,000 gambar digital, 300 jam video digital dan 150 video games.

3. Menyimpan pelbagai program seperti Microsoft Office, Games dan Pemain Multimedia.

Program di dalam komputer meyebabkan komputer mempunyai ramai pengguna pada masa kini. Pelbagai program komputer dibangunkan untuk memudahkan pengguna komputer. Kini melalui komputer kita boleh membuat kerja seperti menaip dokumen, bermain games, melihat video atau mendengar muzik.

Sebelum program dapat dipasang kepada sebuah komputer, komputer tersebut hendaklah mempunyai sistem operasi terlebih dahulu. Setiap program juga mempunyai keunikan tersendiri. Lain program, lain sistem operasinya.

Adakah komputer kita dapat 'on' jika tiada hard disk?
Ya. Masih dapat 'on' tetapi tiada gunanya kerana tidak mempunyai sistem operasi atau program yang boleh digunakan.

2. USB Flash Drive

Gambar : USB Flash Drive Jenama Apcer

USB Flash Drive merupakan storan data yang bersaiz kecil dan mempunyai USB sebagai penyambung ke komputer.

Bagaimana USB Flash Drive Berfungsi
Sebuah USB Flash Drive mempunyai 3 bahagian utama iaitu USB Interface, badan (body) dan penutup.
Gambar : Struktur USB Flash Drive



Gambar : USB Port di sistem komputer


USB Interface ini akan disambungkan ke USB Port di komputer. Setelah dismbungkan icon menandakan USB Flash Drive telah disambungkan akan keluar. Jika kita menyemak di My Computer terdapat pertambahan drive. Contohnya Sistem komputer kita mempunyai drive c: , d: dan e:. Tetapi selepas menyambungkan USB Flash Drive, drive f: secara automatik akan dipaparkan.

Selepas itu bolehlah kita menggunakan USB Flash Drive tersebut untuk menyimpan data.

Fungsi-fungsi USB Flash Drive


Berikut adalah fungsi sebuah USB Flash Drive :
  1. Menyimpan pelbagai jenis fail seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen.
  2. Menyimpan fail boot system.
  3. Menyimpan program antivirus.
1. Menyimpan pelbagai jenis fail seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen

USB Flash Drive boleh digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis fail. Kapasiti USB Flash Drive kini telah mencapai 3Gb dimana fail video dan lagu boleh juga dimasukkan dalam storan ini, tetapi dalam jumlah yang terhad.

Terdapat pemain lagu MP3 pada masa kini yang boleh memainkan lagu MP3 terus daripada USB Flash Drive tanpa perlu membuka program.

2. Menyimpan fail boot system

Fail boot sytem digunakan untuk membuka sistem operasi sebuah komputer. Fail ini digunakan jika sebuah komputer tidak dapat membuka sistem operasinya sendiri. Pada masa dahulu, fail ini disimpan di dalam floppy disk. Namun kini, USB Flash Drive boleh digunakan untuk menyimpan fail boot system.

3. Menyimpan program antivirus.

Pernahkah anda mendengar antivirus bergerak? Sebuah program antivirus boleh disimpan di dalam USB Flash Drive. Jika sebuah sistem komputer tidak dapat mengatasi virus dengan menggunakan antivirus sedia ada di dalam sistem, antivirus melalui USB Flash Drive ini boleh digunakan.

Ringkasan dalam Storan Data

-
 

© 2007 | Pusat GIATMARA Sri Aman